
Soalan Lazim
Apa itu Crowd Fund?
Apa itu Crowd Fund?
Crowd Fund adalah platform pengumpulan dana untuk keperluan perubatan, kemanusiaan, dan kecemasan.
Apa itu Crowdfunding?
Crowdfunding adalah usaha pengumpulan dana yang melibatkan orang ramai.
Contohnya, jika kita berjaya meyakinkan 10,000 orang untuk menderma RM10 setiap seorang, kita akan berjaya mengumpulkan RM100,000.
Siapa yang mencipta platform ini?
Plateform ini telah dicipta dan diurus oleh Kampung Kita. Misi kami adalah untuk menggunakan teknologi dalam menangani isu-isu sosial.
Mengenai kempen
Apakah kelebihan menggunakan platform ini berbanding mengumpul dana melalui akaun bank peribadi?
- Mengelakkan kes penipuan/scam. Setiap kempen di platform ini telah disahkan oleh pasukan kami.
- Kami telus. Semua yang melawat kempen boleh melihat jumlah dana yang diperlukan dan telah dikumpulkan.
- Anda boleh berkongsi kempen di platform kami dengan mudah.
- Proses derma jauh lebih mudah berbanding pemindahan bank.
Berapakah kos untuk memulakan kempen di Crowd Fund?
Kami tidak mengenakan bayaran untuk memulakan kempen di platform ini. Namun, untuk menampung kos operasi, kami mengenakan caj 5% kepada penderma bagi setiap transaksi.
Jenis kempen apa yang boleh dimulakan di Crowd Fund?
Kempen perubatan, kemanusiaan, dan kecemasan.
Siapa yang boleh memulakan kempen di Crowd Fund?
- Untuk kempen perubatan:
- Pesakit
- Keluarga dan rakan pesakit
- Organisasi berdaftar
- Untuk kempen kemanusiaan:
- Individu yang prihatin
- Organisasi berdaftar
Segala-galanya akan melalui proses pengesahan.